Monday, August 16, 2010

Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah harini dah masuk hari ke-6 kita umat islam berpuasa. Macam2 yang berlaku di sekitar kita sepanjang Ramadhan ini.Semua itu ujian dari Allah yang maha Esa yang mana menduga umat Muhammad dalam menempuh bulan yang mulia ini. Kejadian kat Melaka contohnya mengingatkan kita bahawa ajal maut tidak kira di mana jua, tengah beli makanan pun boleh sampai ajal kita jika DIA nak. Jadi hendaklah kita sentiasa mengingati dan mengerjakan perintahNYA juga jauhi laranganNYA.
Dan alhamdulillah hingga ke hari ini anak sulong ku dah masuk 5 hari dia berpuasa (InsyaAllah) .Harap2 hari ini dia berjaya seperti selalu, ibu sentiasa mendoakan mu sayang..
Dan kat sini aku nk ceritakan detik2 anakku menjalani ibadah berpuasa:-
1)hari pertama - aku ambik dia awal dlm kul 5.30 camtu, smpi kat umah je, fuhh..macam sebulan x dpt mkn, nmpk biskut dia nak, nmpk snek dia nak,bukak peti sejuk, akupun apalgi mcm 2 cara nk tenteramkan keadaan, aku pujuk2 dia..kakak, kakak puasa...org puasa mmg lapar n dahaga, ibu pun sama gak...mmm mencebik dia, sekejap je lagi ye sayang, aku terusla pujuk cam tuan puteri dengan ajak dia gi bazaar ramadhan biar dia x menggelupur nmpk mknn kat umah tapi rupanya..mmm klu boleh sumer mknn kat bazaar tu dia nkla...tapi alhamdulillah dia berjaya gak hingga waktu berbuka.alhamdulillah.masa berbuka jgn ckpla sumer dia nk mkn smpi dia warning kat ayah dia..ayah yg tu kakak punya..Ya Allah bykla sayang..camtula..
2) hari ke-2 - aku amik dia lmbt sikit supaya dia x mcm ..(aku pun tak tau nk ckp)..dan terus ayah dia bwk gi bazaar ramadhan n jenjalan, nk dekat waktu berbuka bru balik.
3)hari ke-3- pun sama aku buat skill yg sama cam semalam..
4)masuk hari ke-4 - haa..ni susah den nk citer..almaklumlah dia kat umah buat pertama kalinya berpuasa..pastu pulak adik dia mcm2 bagi godaan kat dia..cornflakes, vitagen, scramble egg, mcm2 lgla dia mkn depan kakak dia, akhirnya dlm kul 1.00 tghri dia tewas....wpun dia hanya nk minum sebotol vitagen pastu dah..nk sambung posa balik...adakaaa..xpe ibu faham.
5) hari ke-5 plak - alhamdulillah dia dah dpt menepis segala godaan drpd adik dia..sbb dia dah tanda dlm calender yg arini dia berpuasa termasuk utk esok sekali.Bagus ada wawasan..mcm tula anak ibu..
6) dan hari ini (ke-6) - bangun sahur ok drpd biasa, yg sedihnya dia bleh tertidur kat sejadah masa sama2 solat subuh..aduh..siannya.aku biarkan je smpilah nk gerak gi sekolah..
Gitulah ceritanya gelagat anak sulong ku berpuasa. Semoga dia dapat meneruskan ibadah puasa ini hingga ke akhirnya dengan tabah wpun aku x pernah menjanjikan imbuhan kewangan padanya. Yang selalu ku motivatekan kat dia adalah akan mendapat SATU GANJARAN HADIAH di pagi Syawal nanti. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment