Tuesday, June 16, 2009

Birthday lagi..my hubby's birthday..

Happy birthday sayang....(ha ha dah tuo dah laki aku)..2day is his birthday yg ke ehem..(yg pntg dah menjangkau ke angka 30-an..ha ha ha...) semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati selalu oleh Allah Yang MAha Esa hendaknya. Apa 'vision' terbaru sempena di hari lahir ni..ahaaa...boleh anja tau..(ANJA???...uwekkkk...x terlintas lgsung nk guna perkataan ni, sori syg i bukan jiwang..)..oklah apapun ibu x kisah asalkan ayah bahagia..yang penting setiap apa yg dilakukan sentiasa di dalam landasan yg diredhai oleh Yg Maha Esa. Hepi besday kay...luv u..mmuaaahhh...

Thursday, June 11, 2009

Birthday & Anniversary..

He he..Hari ni 11hb Jun 2009 genap dah 5 tahun usia perkahwinan aku. Syukran2..Semoga jodoh aku berpanjangan hingga ke akhir hayat dan sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah lagi halal, dirahmati Allah sentiasa dan hubungan kami suami isteri sentiasa ceria selalu dengan kasih sayang yang sentiasa mendalam. antara satu sama lain..emm..dalamnyaaa....Semalam lagi cik abang aku dah wish kat aku..emm sayang gitu..tq sayang semoga jodoh kita berpanjangan ye..muahhh...

Dan hari ni jugak is my besday...emm bertambah lagi usia aku yang ke....(??) alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan dan peluang utk hidup di alam fana ini utk aku bertaubat sebelum ke alam kekal dan juga diberi peluang utk aku membesarkan anak2 aku yg comel tu utk menjadi insan yg solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki aku dengan rezeki yg melimpah yg penuh dgn keberkatan, dipanjangkan usia semoga aku dpt membesarkan zuriat2 aku ke jln yg lebih diredhai dan dapat aku menambahkan amalan2 aku yg x cukup lagi aku rasa..hu hu hu...dan lagi satu. semoga aku dpt produce lagi satu 'ehem' (mahathir junior) he he..supaya dpt jadi penghulu pada keluarga if ayah dia dah xde nanti.Mudah2an..aminnn....

HADIAH???..biasalah bila mende2 mcm ni org mesti tanya benda tu kan..Bagi aku hadiah semua tu x penting yang pnting peringatan dan kasih sayang yg mendalam w/pun sebenarnya mmg itu dinantikan oleh setiap manusia bila tiba hari bahagia esp. wanita ni bohongla klu kata tidak kan..betul x?..he he..semalam dia kata x yah masak sbb dia dah beli kari kepala ikan utk dinner. Aku tau dia mmg dah lama berhajat nk bawak aku mkn kat kedai kari kepala ikan yg dikatakan sedap tu tapi still x berkesempatan je so smlm balik kerja dia dah singgah beli, emm tq sayang...Hadiah tunggu hari SABTU dia kata..emm kena tunggu hari sabtu la plak..okla..apapun hadiahnya aku x kisah asalkan kita hidup berbahagia hingga akhir hayat..aminnn.

p/s : 5 tahun dulu..he he...kelakornya..

Tuesday, June 9, 2009

DURIAN..

Durian..buah tempatan yg paling best se x bagi aku..klu dpt, mak mentua lalu kt belakang pun x perasan (camane nk perasan, lalu kt belakang, cuba lalu kat depan..he he). Anak aku plak si 'Kakak' sama 'antu' ngan aku..xleh nmpk buah tu, klu nmpk je hbsla...tepuk dahi ayah dia..Weekend ari tu dia ternmpk longgokan durian kat area rumah aku, secara spontan ' ibu, durianla..kakak nak..' dengan selamba aku jwb, tanya ayah..ayah dia plak mcm biasala, nant ayah beli klu kakak x nakal, dengar ckp ibu, cakap ayah, x cubit2 adik, baru ayah beli..BOLEH?? Dia pun senyum je...tapi aku x dpt belikan masa tu sbb aku nk g KL temankan kakak n abang ipar aku g shopping..Pastu mlm kelmarin plak masa kitorang nk g Night Market Damansara jumpa lagi buah 'antu' tu kat tepi jalan..dia nmpk lagi, Ibu, durian la ibu..aku ckp ok nant kita g beli ye..dah puas n penat g shopping (aku window je, standard la) mkn2 hari pun dah mlm, masa balik kedai pun dah tutup n then dia pun dah tidur..Esok pagi plak bangun tidur je terus dia sebut..Ibu mana durian kakak?..ALAMAK..aku pun jwb, nak g belilah la ni tunggu kakak bangun, dia cepat2 bangun, mandi pastu kitorang pun g la ke kedai jual buah tu..tapi KESIAN anak aku, kedai plak x bukak..dlm hati ala sian anak aku, rasa bersalah plak..ala kakak kedai x bukakla camana nk beli durian ni,..PASTU dia jwb..XPE.. KITA BELI TEMPAT LAIN YE IBU...aduh lagi aku sodih, tambah lagi rasa bersalah aku..SO ari ni aku nekad akan cari jgk buah 'antu' ni untuk anak aku yg tercinta ni..emm mcm nikan kasihnya seorang ibu terhadap anak dia..baru aku faham sekarang betapa kasihnya seorang ibu pada anak dia sanggup buat apa saja demi kebahagian anak dia..teringat ibu aku kat kampung...MAK..I LOVE U SO MUCH..